Thursday 1 December 2011

Pangkat

Ada seorang hamba allah dekat office aku yang sering tidak disenangi oleh rakan rakan sekerja yang lain. Kita panggil dia Nobita lah ye.

So, Nobita dah 4 - 5 tahun kerja dekat company ni. Bermula dari level yang paling bawah, dia menunjukkan peningkatan diri dari tahun ke tahun. Nobita mmg arif dalam bidang kerjanya, boleh menulis proposal dengan baik sekali. Disebabkan itu, dia dapat naik pangkat dan lompat satu level. Setiap tahun, setiap kali appraisal, dia mesti akan naik pangkat. Sbb dia cepat sangat naik, staff2 lain pon tak senang dengan dia. Mulalah orang mengata mcm2 kat dia, kaki ampu, mulut manis, lepak dgn boss2 je and etc. Tapi memang betul pon apa yang orang kata tu. Well, mungkin rezeki dia, dapat naik pangkat. Tapi, management pon agak2 la nak naikan pangkat seseorang. Selidiklah dulu sumbangan dia terhadap syarikat. Layak kah dia dinaikkan pangkat? Boleh kah dia menjadi pemimpin kepada subordinates2 yang lain. Attitude dia bukan staff2 seoffice je yang xsuka, even customer pon menyampah dengan dia. Rasanya, kalau Nobita kerja dkt company lain, semput kot nak sampai ke level yang dia berada sekarang. 

1 comment:

  1. rezeki dia... bior jer la.
    (naseb bek nobita bukan opismet aku)

    ReplyDelete