Thursday, 1 December 2011

Pangkat

Ada seorang hamba allah dekat office aku yang sering tidak disenangi oleh rakan rakan sekerja yang lain. Kita panggil dia Nobita lah ye.

So, Nobita dah 4 - 5 tahun kerja dekat company ni. Bermula dari level yang paling bawah, dia menunjukkan peningkatan diri dari tahun ke tahun. Nobita mmg arif dalam bidang kerjanya, boleh menulis proposal dengan baik sekali. Disebabkan itu, dia dapat naik pangkat dan lompat satu level. Setiap tahun, setiap kali appraisal, dia mesti akan naik pangkat. Sbb dia cepat sangat naik, staff2 lain pon tak senang dengan dia. Mulalah orang mengata mcm2 kat dia, kaki ampu, mulut manis, lepak dgn boss2 je and etc. Tapi memang betul pon apa yang orang kata tu. Well, mungkin rezeki dia, dapat naik pangkat. Tapi, management pon agak2 la nak naikan pangkat seseorang. Selidiklah dulu sumbangan dia terhadap syarikat. Layak kah dia dinaikkan pangkat? Boleh kah dia menjadi pemimpin kepada subordinates2 yang lain. Attitude dia bukan staff2 seoffice je yang xsuka, even customer pon menyampah dengan dia. Rasanya, kalau Nobita kerja dkt company lain, semput kot nak sampai ke level yang dia berada sekarang. 

Wednesday, 23 November 2011

Pontianak

Negara kita memang sering kali dihidangkan dgn cerita cerita hantu di pawagam seantero Malaysia. You all tentu ingat dengan cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah kan? Hasil kutipan berjuta juta hanya dengan menghasilkan filem hantu. Walaupon dah boring asyik dengar, lihat , bercerita pasal hantu, tp pengarah pengarah di Malaysia masih menghasilkan filem2 yang bergenre sebegitu. Sekarang ni filem baru di pawagam bertajuk Misteri Jalan Lama, arahan Afdlin Shauki. Tapi bukan hantu sgt la. Macam Alien vs Predator pon ada jugak.

Tapi, dalam banyak2 hantu, pontianak atau yang sama waktu dengan nya, yang paling famous pada waktu dan ketika ini mesti lah pontianak yang berasal dari London tu, Edward Cullen atau nama sebenarnya Robert Douglas Thomas Pattinson. Bagi yang meminati series Twilight, you all mesti suka dan ternanti nanti filem The Breaking Dawn Part 1. Telah pon ditayangankan semalam. Ada yang dah tengok? Well, I havent got the chance to hit the cinema yet. 

Saya percaya ramai diluar sana yang tidak meminati filem Twilight. Well, I believe the lovers are as much as the haters too. Ada yang tak suka, tapi mereka masih menonton cerita ni, sbb terpaksa teman gf tengok wayang. Yes, I am a BIG fan of twilight. I do admit that the books are way more interesting than the movies. Tak sabar nak tengok The Breaking Dawn! Ramai yang bagi feedback positive. Let's go and watch movie this weekend!

Tuesday, 22 November 2011

Tempayan

Cuba teka tempayan in English orang panggil apa? Well, Katty panggil crock. Katijah  panggil tempayan.

Ni la dia rupa tempayan atau crock tu.




gambar dicilok dari : http://malaysiana.pnm.my

Zaman dulu kala orang letak tempayan dekat depan rumah. Bila hujan turun, tempayan tu akan tadah air hujan sampai penuh, dan akan digunakan untuk basuh kaki sebelum masuk rumah.

Sekarang, tak lagi. Tempayan tu normally orang buat pasu bunga, atau tempat masak.

Masak dalam tempayan? Yes. Pernah dengar roti tempayan tak? Kalau kat kedai mamak, kite order roti naan. Sama lah tu. Roti dia lembut, makan dengan kuah dhal or mint sauce. Kalau nak sedap lagi makan dengan ayam  tandoori. Alamak berkeroncong pulak perut ni bila sebut pasal makan.

Tempayan sinonim dengan peribahasa melayu untuk menggelarkan seseorang yang tak pandai simpan rahsia. Sebab mulut tempayan besar dan  tak boleh nak tutup, sama juga lah dengan mulut orang yang tak pandai nak simpan rahsia. Macam mengata kat blog sendiri kan?


YA! Memang pon. Tujuan blog ni memang untuk membongkar segala rahsia dalam isi perut bumi ni (sedapat yang mungkin). Lagi dalam kita korek rahsia mengenai sesuatu, lagi terdedah lah kebenaran atau kepalsuan sesuatu perkara tersebut. 'Rahsia' sgt meluas definasinya. It could be rahsia alam, rahsia perkahwinan, rahsia menjadi pelajar pintar, rahsia kejayaan dan bermacam2 lagi rahsia.

Jadi, anda ingin berkongsi 'rahsia' itu dengan saya?

Kalau nak, jenguk2 dan kendap2 lah blog ini.

Thank you for reading and visiting.